// Adamu ♥
Disclaimer


welcome to my simple blogskin . hit the follow button

Back to entry
Meet the owner
Exchange links


Chatzone

Put your Cbox code here


Credits


Template is made by PiKevin.
The basscode is taking from Ainabillah Shafie. Thanks to We ♥ It for the amazing picture. And also a big applause to Rainboee for his beautiful colour code.


Older Posts → | ← Newer Posts
WUDUK......FADHILAT DI SEBALIKNYA
Tuesday, 12 June 2012 , 01:11 , 0 Comment[s]
sebagai pembuka bicara
 
 
Dari Abu Hurairah ra. telah berkata : “Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda : “Sesungguhnya umatku akan datang pada hari kiamat dalam keadaan bersinar wajahnya dan bercahaya kaki tangannya kesan dari wuduk” ( Muttafaqun alaih )

Mari kita rungkai kelebihan wuduk 
 
1.      Sesungguhnya ia adalah sebab utama untuk mendapat kebahagian yang kekal abadi.

2.      Kesan wuduk pada anggota badan akan bertukar menjadi cahaya dan kilauan yang menyinar di muka, tangan dan kaki pada hari kiamat. 

3.      Keistimewaan kilauan cahaya diakhirat nanti adalah khusus untuk umat Nabi Muhammad s.a.w sahaja. Ini kerana wuduk adalah satu ibadah khusus untuk umat Nabi Muhammad s.a.w. 

4.      Kelebihan sentiasa berada didalam berwuduk dan memperbanyakkan solat sunat selepas wuduk. Ia merupakan sebab utama Bilal bin Rabah digembirakan oleh Nabi Muhammad s.a.w sebagai ahli Syurga. 
******************************************************************************
      Dari Abu Hurairah ra.: Sesungguhnya Nabi s.a.w telah berkata kepada Bilal pada suatu hari selepas solat Fajar: “Wahai Bilal! Beritahulah aku dengan amalan yang paling diharapkan yang telah engkau lakukan dalam Islam, ini kerana aku telah mendengar (semalam) bunyi pergerakan selipar engkau dihadapanku di dalam Syurga! Jawab Bilal; “ Aku tidak lakukan amalan yang paling diharapkan, melainkan aku bersuci (berwuduk) di saat malam hari dan di saat siang hari aku bersolat dengan wuduk tersebut setakat yang ditakdirkan Allah ke atas ku untuk solat (sunat) “ (Riwayat Bukhari dan Muslim
*****************************************************************************

5.      Orang yag tidur dalam keadaan berwuduk pahalanya seperti berpuasa.

6.      Orang yang wuduk sebelum tidur, Malaikat tidur bersamanya.

7.      Nabi kenal umatnya melalui cahaya wuduk. Wuduk selepas wuduk yang belum batal umpama Cahaya atas cahaya  , sudah cerah lagi bersuluh.

 

8.      Doa selepas wuduk gugurkan dosa.

9.      Wuduk menjadi kafarah, menghapus dosa antara 2 waktu solat.

10.  Air wuduk dan mandi junub  menghasilkan malaikat yang berdoa dan minta ampun untuk tuannya.