SANF....SELEPAS 5 BULAN....INDAHNYA PERTEMUAN ITU
Thursday, 7 June 2012 ϟ 02:13 ϟ 0 Comment[s]
Begitu pantas masa berlalu.Sedar tak sedar dah 5 bulan aku MC.Rindu pada teman2 seperjuangan dan anak2 murid tak dapat digambarkan.Bila dengar bilik guru diberi wajah baru,keinginan ke sekolah makin membuak-buak.
Apabila disahkan doktor kakiku hampir sembuh dan boleh mula berlatih berjalan,perkara pertama aku beritahu suami,aku nak melawat sekolah.Gembira sungguh hati bila diberi keizinan.
25 Mei 2012 aku melawat sekolah.Tatkala kereta memasuki pintu pagar sekolah,perasaan mula terusik.Sebak,gementar,suka,teruja bercampur-baur.Syukur Ya Tuhan,aku masih diberi kesempatan untuk memijakkan kaki ke sekolah semula.
Tak ku sangka sambutan dari teman2 sekerja begitu mesra.Peluk cium silih berganti.Anak2 murid pula tak kira lelaki,perempuan semua berkerumun.Bersalam dan bertanya khabar.Ya Allah aku sayang semua anak2 didikku.
Hari tu diadakan sambutan hari guru peringkat sekolah.Tak ku sangka juga ada disediakan hadiah untukku dari pihak jemaah pengurusan sekolah,badan kebajikan sekolah juga dari anak2 didik yang tak pernah melupakan aku sebenarnya. Hatiku menangis kesyukuran.Betapa aku harus bersyukur dan menghargai orang2 yang ada di sekelilingku.
Terima kasih yang tak terhingga buat teman2 seperjuangan.......
Ustazah Norsaizan(guru besar),Ustaz Ahmad Saiful(PK1)
Ustazah Juairiah(PK2),Ustazah Nursalsabila(PKKOKU),Ustaz Mustafa, Ustaz Musawwir,Ustazah Adibah,Ustazah Fatimah,ustazah Basariah,
Ustazah Farah,Ustazah Zaini,Ustazah Masriyah(ganti guru bersalin) serta Ustazah Najihah(guru ganti aku)












