// Adamu ♥
Disclaimer


welcome to my simple blogskin . hit the follow button

Back to entry
Meet the owner
Exchange links


Chatzone

Put your Cbox code here


Credits


Template is made by PiKevin.
The basscode is taking from Ainabillah Shafie. Thanks to We ♥ It for the amazing picture. And also a big applause to Rainboee for his beautiful colour code.


Older Posts → | ← Newer Posts
INDAHNYA AKHLAKMU YA RASULULLAH
Friday, 8 June 2012 , 02:14 , 0 Comment[s]



Lihat diri renungi hati....
Adakah kita telah menjaga adab serta akhlak sebagai seorang hamba?Sebagai seorang insan sudah semestinya tidak dapat lari dari membuat kesilapan.Contoh kesilapan paling kerap dilakukan adalah dalam pergaulan seharian. Terkadang tanpa kita sedar,kita telah mengguris hati kawan2 atau orang yang berada di sekeliling kita.Apa yang perlu kita lakukan?
Mari kita sama2 renungi dan hayati akhlak Rasulullah...

********************************************************
"Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya.Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum. Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya." Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.
***************************************************************************
Betapa indahnya akhlakmu ya Rasulullah.Mengapa tidak kita contohi akhlak Rasulullah kerana sesungguhnya dialah contoh ikutan yang terbaik.