KESULITAN SATU UJIAN DIIRINGI BERIBU HIKMAH
Tuesday, 29 May 2012 ϟ 19:51 ϟ 0 Comment[s]
![]() | |||||||||||||||||||||||||||||||||||
Hidup ini tidak terlepas dari ujian.Selagi kita bernyawa,selagi berdenyutnya nadi,selagi itulah kita akan diuji dengan pelbagai ujian.Ujian kesakitan perlukan kesabaran yang tinggi.
Ini kisah aku...........ini pengalaman aku.
Tanggal 30 Disember 2011 tidak akan terpadam dari ingatan.Aku terjatuh di bilik air sewaktu menghadiri taklimat guru KAFA di Bandar Perda.Akibatnya kaki kiriku patah dan agak parah bila tulang tu pecah2.Kini dah masuk bulan ke6 kakiku bersimen.Dah masuk bulan ke6 juga aku MC.Alhamdulillah tak adalah sampai kena masuk wad.Pergerakan harian dibantu oleh tongkat dan kerusi roda.Syukur aku masih boleh selesaikan kerja2 rumah sendiri.Mengemas,membasuh dan memasak tidak menjadi masalah sgt walaupun agak lambat.
Di saat menempuh ujian ini suamilah yang banyak memberi semangat dan nasihat yang benar2 telah menenangkan serta melapangkan fikiranku.
* Aku bersyukur kerana dah 3 tahun mengajar subjek akidah di sekolah.Bagaimana kita wajib beriman pada Qada` dan Qadar ALLAH.Betapa kita hanya hambaNYA yang kerdil dan punya pelbagai kelemahan. Sedikit sebanyak telah menjadikan aku redha dengan ujian ini.
*Setiap kesulitan dan ujian itu adalah petanda kasih sayangNYA.DiberiNYA ujian sebagai penghapus dosa2 yang kita perbuat(seandainya kita redha dan sabar)Itu janjiNYA.Kita wajib percaya dan yakin pada janji2NYA kerana janjiNYA benar belaka.
*Baru kita sedar akan nikmat kaki yang dikurniakan yang selama ini kita bagai terlupa akannya.Kita alpa untuk bersyukur apabila kita dapat menjalani kehidupan seharian dengan nikmat anggota badan yang dikurniakan kepada kita.
*Jangan berputus asa jika ALLAH menunda apa2 yang kita sukai.Jangan bersedih hati tapi bersabar dan tersenyumlah.DIA berfirman dengan penuh kasih sayang......
"Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan"
*Cantiknya wanita apabila melukis kekuatan melalui masalahnya,tersenyum di saat tertekan,tertawa di saat hati sedang menangis,tabah di saat terhina,mempesona di saat memaafkan,mengasihani tanpa meminta balasan.Bertambah kuat dalam doa dan pengharapan Ilahi.
*Di saat ini juga kita dapat mengenali bagaimana suami,sanak saudara dan kawan2 kita.
- Aku bersyukur dikurniakan suami yang penyabar .Katanya ini juga ujian buatnya.
Mudah-mudahan dapat menghapus dosa2nya juga.Aku bersyukur dikurniakan
anak2 yang tahu dan rajin membantu.
-Aku bersyukur dikurniakan abang2,kakak2,adik2 serta anak2 saudara yang
mengambil berat dan selalu bertanyakan khabar.
- Aku bersyukur dikurniakan kawan2 yang tak jemu2 memberi info tentang
sekolah,bertanya khabar serta memberi kata2 semangat..
- Aku bersyukur di atas doa2 yang dikirimkan buatku.
Ramai yang mengucap syukur apabila beroleh kesenangan dan kebahagiaan tapi tak ramai yang mengucap syukur bila diberi ujian.
Ya ALLAH Ya Tuhanku........................................
Andai kesulitan ini petanda kasihMU serta penghapus dosa2ku,Alhamdulillah.....aku bersyukur atas ujian ini. Peliharalah hatiki agar tidak berpaling dariMu,agar aku tidak lalai dari mengingatiMU.Amiiiiiinnn.








